Friday, 6 May 2011

KOLEKSI RESEPI YG SEDAP2...

Kek batik simple                                              

Bahan-bahan ( 1 loyang )

·         1 packet milo (packet yg plg kecil)
·         1 tin susu cair (biase guna susu carnation evaporated)
·         1 buku buttercup
·         1 cawan gula halus
·         1 biji telur ayam
·         serbuk koko (dlm 1 sudu besar)
·         1 1/2 packet biskut marie (lbh sedap kalau gne biskut marie biase bkn yg perisa koko)

 

Cara-cara


1.      masukkan semua bahan-bahan tadi ke dalam periuk (kecuali biskut marie)
2.      cairkan semua bahan-bahan tu dengan api yg kecil
3.      kacau bahan-bahan tu smpi pekat (dlm 15 min)
4.      bila da pekat, tutup api dan masukkan biskut marie dan kacau sehingga sebati
5.      then, masukkan ke dalam loyang dan mampatkan
6.      pastu, masukkan dlm peti sejuk untuk keraskan. kalau dah keras bru sedap dimakan...selamat mencuba

Kek coklat sihat

Bahan-bahan ( cukup untuk satu family makan )

·                     Bahan A:
·                     200 g. (1½ cawan) tepung gandum
·                     10 g. (2 sudu teh) serbuk penaik
·                     5 g. (1 sudu teh) bikarbonat soda
·                    60 g. (½ cawan) serbuk susu skim



Bahan B:
·                     5 g. (1 sudu teh) serbuk kopi segera
·                     140 g. (½ cawan) gula kastor
·                     25 g. (2 sudu besar) madu
·                     150 ml. (4/5 cawan) air panas
·                     Bahan C:
·                     180 g. ( ¾ cawan) marjerin
·                     5 ml. (1 sudu teh) esen vanilla
·                     30 g. (3 sudu besar) serbuk koko

Cara-cara

 

Ayak bahan A dan ketepikan.

2.      Campur kesemua bahan B dan kacau sehingga gula dan madu larut. Biar sejuk.
3.      Pukul majerin, esen vanilla dan serbuk koko (Bahan C) sehingga berkrim dengan pemutar eletrik.
4.      Masukkan sebahagian bahan A ke dalam campuran bahan C dan bancuh dengan pemutar letrik.
5.      Kemudian masukkan sebahagian bahan B dan bancuh.
6.      Ulang langkah 4 dan 5 sehingga ramuan sebati.
7.      Curah ke dalam tin acuan empat segi 20 sm. yang telah dilapik kertas minyak. Bakar dalam ketuhar pada 160ºC selama 45 minit atau sehingga masak.


No comments:

Post a Comment