Sunday 4 November 2012

EMIHAFIEYZA'S FAVOURITE RECIPE

here my favourite recipes...all the best taste!


-->
Cucur Bawang
Bahan :

Tepung Gandum
Kacang Dhal
Bawang
Ikan Bilis
Daun bawang, daun sup
Air
Minyak Untuk Mengoreng
( Semuanya secukupnya  )

Cara :

1. Rendam kacang dhal sebentar
2. Blend kacang dhal, Masukkan dalam mangkuk adunan. Saya pakai periuk jer :)
3. Masukkan bawang dan blend, sebentar sahaja. (kira hancur sikit, cukup). Kalau rajin, hiris bawang besar ni.
4. Campurkan semua bahan - tepung gandum, dhal sudah diblend, bawang besar, daun bawang, daun sup dan ikan bilis.
5. Masukkan air dan adunkan sehingga jadi batter yg boleh digoreng. Kalau nakkan cucur yg lembut (garing luar, lembut dalam) biarkan adunan cair sedikit.
6. Biar sebentar, dia akan naik sedikit (ada buih-buih). Kalau terus goreng nnt keras pula sebab tak letak baking powder/soda.
7. Panaskan minyak dan goreng.
8. Hidangkan panas dengan sos cili.


-->
BERGEDIL
Bahan-bahan:

500 gm kentang, kupas kulit, hiris dan goreng
1 cawan daging/isi ayam kisar
6 biji bawang putih, cincang halus
2 biji bawang besar, potong dadu
1 pokok daun bawang, hiris
1 pokok daun sup, hiris
1/4 batang carrot, potong kiub, kecil-kecil
1 merah telur
2 biji telur
Minyak untuk mengoreng

Cara:

1. Goreng daging/ isi ayam dengan bawang putih hingga masak. Keluarkan dari kuali.
2. Tumbuk kentang yang telah digoreng hingga lumat
3. Dalam mangkuk besar, masukkan semua bahan kecuali 2 biji telur
4. Uli bahan diatas.
5. Bentukkan bulat atau bujur. Leperkan sedikit
6. Panaskan minyak
7. Celupkan bergedil dalam telur yang telah dipukul dan goreng tenggelam.
8. Angkat bila telah kuning.
9. Hidangkan dengan sos cili



Udang Goreng Mentega

Bahan-bahan:

1 ulas bawang putih
3 ulas bawang merah
1 paket kecil udang kering
5 helai daun kari
sedikit mentega
cili padi (ikut keperluan)
separuh tin susu cair
1 sudu kecil serbuk perasa ayam
10 ekor udang (buang kepala)
garam dan gula secukup rasa.


Cara-cara:

1. Senang sahaja..:) Masak mengikut urutan bahan-bahan seperti di atas.


Spagetti

Bahan-bahan:

Spagetti
5 sudu besar sos cili
1 ulas bawang besar (kulit oren)
1 ulas bawang putih
1 biji tomato
1 sudu kecil mixed herb
Ajishio (bekas pembalut warna oren) secukup rasa
Ayam kisar / daging kisar
Cili padi (jika nak rasa pedas)
minyak
1 tin sos PREGO tradisional
1 paket VONO/CAMPBELL sup cendawan + keju

Cara-cara:

1. Rebus spagetti dalam air bersama 1 sudu minyak.
2. Tos kan spagetti.
3. Tumis bawang putih, bawang merah sehingga naik bau. 
4. Masukkan sos PREGO, cili padi, tomato,sos cili, mixed herb, ajishio, sup cendawan + keju dan gaulkan sehingga sebati.
5. Masukkan ayam/daging kisar dan kacau sehingga ayam masak.
6. Sedia untuk dihidang. :)