Ketahui beberapa jenis makanan
yang perlu dielakkan ketika berpantang:
Sayur-sayuran dan tumbuhan
menjalar, sejuk dan berangin seperti :
kangkung
pucuk ubi,
kacang buncit,
kacang
panjang,
timun,
petai, cili,
brokoli,
petola,
labu,
terung,
ubi kayu
kobis
kerana boleh menyebabkan sakit tulang, lemah-lemah sendi dan sejuk pada otot.
Buah-buahan seperti:
tebu,
nenas,
belimbing,
nangka,
cempedak,
pisang nangka,
pisang embun,
pisang masak hijau,
ciku,
langsat
tembikai cina
kerana boleh menyebabkan sakit tulang, lemah
sendi, angin dalam badan dan sejuk otot. Penyakit-penyakit ini diketahui
sebagai artritis dan rheumatisme.
Ikan masin atau ikan kering
selain tidak mempunyai khasiat, ia juga dipercayai boleh menyebabkan darah
nifas berbau busuk dan cepat kering.
Ikan berbisa seperti ikan bawal, terubuk,
pari duri, sembilang dan parang dikhuatiri bisa pada pintu rahim.
Ikan tamban, tongkol, kembung,
cencaru dan makanan laut menyebabkan kegatalan kulit dan alahan menyebabkan
luka pembedahan bernanah Ayam biasa atau ayam Bandar serta telur ayam boleh
dielakkan sehingga selepas 44hari.
Air ais, air sejuk, air bergas,
air tebu, air cincau, air kelapa muda serta jus buah dikhuatiri tajam dan boleh
menyebabkan angin dalam badan.
Teh perlu dielakkan kerana menyebabkan angin dan
kembung perut.
Apa jua makanan berlemak,
berminyak dan berkolesterol tinggi.
Daging lembu pula perlu
dielakkan sehingga selepas kira-kira 2 minggu.