Sunday 10 November 2013

Makanan Yang Perlu Dielakkan Dalam Pantang

Ketahui beberapa jenis makanan yang perlu dielakkan ketika berpantang:
Sayur-sayuran dan tumbuhan menjalar, sejuk dan berangin seperti :
  1. kangkung
  2. pucuk ubi, 
  3. kacang buncit, 
  4. kacang panjang, 
  5. timun, 
  6. petai, cili, 
  7. brokoli,
  8. petola, 
  9. labu,
  10. terung, 
  11. ubi kayu 
  12. kobis 
kerana boleh menyebabkan sakit tulang, lemah-lemah sendi dan sejuk pada otot.
 
Buah-buahan seperti:
  1.  tebu, 
  2. nenas, 
  3. belimbing, 
  4. nangka, 
  5. cempedak, 
  6. pisang nangka, 
  7. pisang embun, 
  8. pisang masak hijau, 
  9. ciku, 
  10. langsat
  11. tembikai cina 
kerana boleh menyebabkan sakit tulang, lemah sendi, angin dalam badan dan sejuk otot. Penyakit-penyakit ini diketahui sebagai artritis dan rheumatisme. 
 
Ikan masin atau ikan kering selain tidak mempunyai khasiat, ia juga dipercayai boleh menyebabkan darah nifas berbau busuk dan cepat kering.
 Ikan berbisa seperti ikan bawal, terubuk, pari duri, sembilang dan parang dikhuatiri bisa pada pintu rahim.
 Ikan tamban, tongkol, kembung, cencaru dan makanan laut menyebabkan kegatalan kulit dan alahan menyebabkan luka pembedahan bernanah Ayam biasa atau ayam Bandar serta telur ayam boleh dielakkan sehingga selepas 44hari.
Air ais, air sejuk, air bergas, air tebu, air cincau, air kelapa muda serta jus buah dikhuatiri tajam dan boleh menyebabkan angin dalam badan
Teh perlu dielakkan kerana menyebabkan angin dan kembung perut.
Apa jua makanan berlemak, berminyak dan berkolesterol tinggi.
Daging lembu pula perlu dielakkan sehingga selepas kira-kira 2 minggu.