Tuesday, 31 May 2011

CONGO OAT BAR


Hidangan istimewa ala-Inggeris yang berasaskan oat dan dengan tambahan cip coklat cukup menarik selera penggemar coklat.

Bahan-bahan:
Ø    80 gram mentega (dicairkan)
Ø    40 gram cip coklat
Ø    ½ cawan gula perang
Ø    1 ½ cawan tepung naik sendiri
Ø    1 cawan oat
Ø    1 biji telur
Ø    1 sudu teh esen vanila
Ø    Secubit garam


Cara-cara:
1.       Cairkan mentega dan masukkan ke dalam bekas adunan.
2.       Kemudian, masukkan gula perang, telur, esen vanila, garam, oat, tepung naik sendiri dan cip coklat.
3.       Kacau adunan sebati.
4.       Canai adunan di atas loyang setebal 2cm yg telah dialas dengan kerta minyak. Gunakan acuan pemotong untuk memotong adunan berbentuk empat segi atau gunakan pisau pemotong biasa.
5.       Bakar di dalam ketuhar selama 20 minit pada suhu 180°C - 200°C sebelum disejukkan dan dihidangkan.


Tips:
ü      Selain oat, boleh ganti dengan nestum.
ü      Bagi yg menggunakan pisau pemotong biasa, adunan perlu dibakar terlebih dahulu dan dipotong ketika masih panas kerana tekstur masih lembut ketika masih panas.