Wednesday 11 May 2011

Resepi AYAM PAPRIK

Bahan-Bahan:
½ ekor ayam - dipotong kecil-kecil
  • 4 ulas bawang merah - ditumbuk
  • 2 ulas bawang putih - ditumbuk
  • 1 labu bawang besar - dimayang
  • 2 btg serai - dititik
  • 2 biji buah tomato - dipotong 4
  • 5 biji cili padi - ditumbuk
  • bunga kobis, kacang buncis/panjang, karot dan jagung muda
  • sedikit sos tomato, sos cili, sos tiram dan kicap manis
  • bahan-bahan perasa

Cara:
1.   Panaskan kuali. gorengkan ayam (agak-agak sampai masak, jangan terlalu garing).
2.   Masukkan bawang merah, bawang putih dan cili yang ditumbuk, kacau sekejap.
3.   Masukkan sos tomato, sos cili, sos tiram dan kicap manis Biarkan mendidih sekejap dan masukkan pula sedikit air. Masukkan serai, daun limau purut dan sayur-sayuran.
4.   Apabila sudah mendidih, masukkan bawang besar dan buah tomato. Semasa menghidang, perahkan limau kasturi. 

No comments:

Post a Comment